Peperiksaan percubaan SPM subjek ICT telah dijalankan pada 12 Ogos yang lepas. Calon SPM ICT pada tahun ini ialah seramai 12 orang. Sebelum itu satu kursus mengenai teknik menjawab telah dijalankan pada 4 Ogos di bilik Matematik. Ceramah jemputan ialah Encik Irwan bin Ismail guru ICT dari SMK Permas Jaya. Kursus itu telah memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk menangani pelabagai bentuk soalan - soalan SPM yang akan dikeluarkan. Harapnya pelajar akan lebih bersedia walau apa bentuk soalan yang akan keluar dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti.